Saturday, 7 March 2015

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Tok Pawang wujud sebagai sebuah institusi pendidikan rendah hasil usaha pekerja-pekerja Ladang Sungai Tok Pawang yang telah memohon pihak berkuasa ladang mengadakan sebuah banggunan sekolah bagi kemudahan anak-anak mereka menimba ilmu pengetahuan.Pihak ladang telah menyediakan sebuah banggunan berukuran 55 kaki x 20 kaki dalam tahun 1947.Banggunan ini runtuh dalam tahun 1967 disebabkan hakisan tanah. Murid-murid dipindahkan ke surau berdekatan yang dijadikan sebagai banggunan sementara.Desakan demi desakan telah dibuat oleh jawatankuasa sekolah untuk mendapatkan sebuah banggunan baru bagi menempatkan murid-murid yang bersesak-sesak di surau.Permohonan mula dibuat dalam tahun 1966. Setelah 12 tahun berlalu dengan melalui berbagai onak dan duri maka dengan sokongan dan kerjasama gigih dari bekas ADUN Kawasan Merbuk pada ketika itu,Datuk Haji Hashim B. Haji Osman, maka permohonan untuk mendapatkan sekolah baru telah terlaksana pada tahun 1978. Banggunan 2 tingkat ini letaknya diatas sebidang tanah yang mempunyai keluasan 8.5 ekar dengan kos pembinaan anggaran RM 150,000.00. Banggunan ini merangkumi 5 bilik darjah,sebuah bilik pelbagai guna,sebuah pejabat,sebuah bilik guru,dua buah tandas murid dan guru,sebuah setor,sebuah kantin,sebuah rumah pam. Banggunan ini mula digunakan pada 14 April 1979 dengan 145 orang murid,11 orang guru dan seorang Pekerja Rendah Awam. Upacara Perasmian telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Karma Jaya,Menteri Besar Kedah, pada 21 Oktober 1979.